Salam Terakhir di 090909

•September 9, 2009 • Leave a Comment

Salam Sejahtera…

Aku nak ucapkan “Salam Terakhir” kepada blog nie dan hari nie juga genap 3 bulan aku bersama blog nie… 😦 Peralihan blog adalah kerana aku nak pakai host address sendiri. Dah hampir 2 tahun aku sewa. Jadi, rugi kalau disimpan. Ia juga bertujuan nampak lagi proper & standard. Kepada members yang selalu jenguk-tengok blog aku, ribuan terima kasih.

Kepada geng2 yang rajin comment, bg pendapat. Jangan malu2 plak. Blog jer ubah. Orang tetap samer 🙂

Bolehla layari http://www.onizuka69.com/blog

Therima Kaseh.

Onizuka69
Photographer. 012 655 1288
onizuka69@gmail.com | onizuka69.com/blog

Salam Ramadhan 1430H

•August 21, 2009 • 4 Comments

Senja Yang Ditunggu...

Salam Sejahtera…
Bile terbenamnya matahari hari ini. Bermakna mulalah kite berada dalam bulan Ramandhan 1430H. Lama betul tunggu bulan ni…baru dapat jumpa. Setahun sekali, bulan yang banyak meninggalkan seribu kenangan.

Di sini aku ingin memohon maaf jika terlanjur kata, terkasar bahasa dan silap dalam perbuatan. Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita lebih dekat denganNya dan menginsafkan diri atas kebesaranNya. Mudah-mudahan ibadah puasa pada tahun ini lebih sempurna dan diberkati oleh Allah SWT, Amin.

Therima Kaseh.

Onizuka69
Photographer. 012 655 1288
onizuka69@gmail.com | onizuka69.wordpress.com

Majlis Perkahwinan : Mustapa Kamal & Siti Syarizan, Ogos 2009.

•August 18, 2009 • 4 Comments

Salam Sejahtera…Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat pengantin baru pada mereka berdua…Semoga Di Panjangkan Jodoh & Di Murahkan rezki dan Berbahagia Selamanya.

Therima Kaseh.

Onizuka69
Photographer. 012 655 1288
onizuka69@gmail.com | onizuka69.wordpress.com

Pesta Durian 2009

•August 13, 2009 • 2 Comments

Salam Sejahtera… kali aku nak cerita pasal aku dan wife pergi makan durian kat dusun. Aku pergi jer, tak makan. Pelik mang pelik, aku pun pelik…he..he..he.  Tapi aku mang jenis tak makan buah, mang dari kecik. Mak salu marah aku. Tapi itulah aku. Bukan tak cuba, dah cuba. Tekak aku tak boleh masuk. Jeles gak tengok orang makan, sedap. Aperkan daya. Tekak tak boleh terima. Kalau makan pon aderla 2-3 jenis buah. Banyaknya tak makan dari yang makan. Durian ni kalau buat pengat (kata orang Perak) atau pon macam bubur, aku makan ataupon kalau di buat cekodok. Sedap ooo..he..he..he..

Dusun nie kat Karak, Pahang. Member wife aku kat opis. Kire ni aktiviti tahunan dorang. Dengarnya semua durian nie untuk di ekspot ke luar negara. Ni dia panggil kawan-kawan yang rapat makan free…hu hu hu..

Aku gi berdua jer. Bujang kejap..hu..hu..hu..Anak tinggal dengan mak aku. Aku cakap ader nak amik barang opis wife katernya. Saja rahsiakan. Last bila balik umah, aku bawak naik, terkejut mak aku, “Mana ko dapat durian ni?” senyum lebarla mak aku, favorite dia ni. Sukala dia.  Puas hati aku tengok deorang semua makan walaupon aku just dapat tengok jer. Sonokla dapat join aktiviti yang macam ni. Ramai kenal kawan baru. Ada gak yang tegur aku, “Awak ni yang amik gamba kawin kawan saya ek, kat Selangor?” terkejut aku. Ingat takda orang kenal. Tapi takda sefemus photographer2 kat luar sana. Lagi banyak yang bagus-bagus…Okla la. Selamat menjamu mata.

Therima Kaseh.

Onizuka69
Photographer. 012 655 1288
onizuka69@gmail.com | onizuka69.wordpress.com

Outdoor : Ilham & Darwina, Jun 2009.

•August 5, 2009 • 2 Comments

Salam Sejahtera.
Bila aku tengok gambar diorang nie, teringat cerita aku borak-borak dengan Pak Cik Wina dalam kereta on the way ke KL. Dia ceritakan kesah adik-beradik ramai belum tentu boleh jaga ibu seorang. Sayu gak rasa dengan ceritanya. Syukur pada siapa yang dapat jaga mak atau ayahnya sendiri sebelum mereka menghebuskan nafas terakhir. Mandikan, bagi makan, tido sama, cucikan najis…macam-macam lagi la. Kita belum tahu lagi…

Pada yang dah lama tak berjumpa ibu atau ayah. Jenguk-jengukla mereka, masa mereka masih ada. Bila dah tiada nanti, baru kita rase kehilangan. Baru sebok kumpul adik-beradik nak buat kenduri, kalau boleh hari-hari nak buat kenduri, hari-hari nak baca Yassin. Tak sama macam kita jumpa mereka sekarang. Diorang bukan nak sangat duit kita, cukup sekadar dapat tengok muka kita. Kadang tu, duit yang tak seberapa kita bagi tu, abis dia belanja kat kita balik. Antara kita perasan tak perasan jer. Janganlah hanya tunggu pada Hari Raya baru nak jumpa, cukup sekadar telefon jika mereka yang jauh. Jadi, hargailah mereka. Ingat, takda diorang, takda kita kat dunia ni.

Aku cerita pon bagi nak ingatkan diri sendiri. Kadang lupa gak. Bila mak aku jumpa aku, mulalah dia bising, “Dah lupa akula tu, mentang-mentang dah kawin, susah nak datang jumpa aku.” Itulah diantara ayat-ayat Power mak aku, pedih aku dengar. Aku buat senyum tak senyum jela…he he he…Syukur mak ayah aku kat KL jer, rumah mertua pun kat Melaka. Bolehlah nak balik jumpa diorang. Takdalah jauh sangat.

Ape-ape pun, Selamat Pengatin Baru kepada Am & Wina…Semoga Panjang Jodoh, Murah Rezeki.

Therima Kaseh.

Onizuka69
Photographer. 012 655 1288
onizuka69@gmail.com | onizuka69.wordpress.com

Majlis Perkahwinan : Nurlaili & Kharuddin, Jun 2009.

•August 4, 2009 • Leave a Comment

Salam Sejahtera. Hari ni badan aku rase tak berapa sihat pulak. Letih mungkin, banyak skit kerja yang dibuat ujung munggu lepas, selain dari shot wedding aku kena runner sample untuk biskut raya ni. Maklumlah nak cari duit raya lebeh…he he he…Kalau korang nak cuci-cuci mata, click sini. Dan pada yang sudi order, tepon makwe aku tu.

Eh…melalut panjang pulak. Disini aku nak ucapkan “Selamat Pengantin Baru kepada Si Lily dan Din ni, Semoga Berbahagia Selamanya”. Therima Kaseh.

Onizuka69
Photographer. 012 655 1288
onizuka69@gmail.com | onizuka69.wordpress.com

Majlis Perkahwinan : Shalim & Rafidah, Jun 2009.

•July 28, 2009 • Leave a Comment

Salam Sejahtera…Berkawan dari kecil, akhirnya bersama juga. Begitulah kesah cinta mereka berdua nie. Kira dah melebihi belasan tahun gak la dorang kenal. Macam manerla bercinta lelama nie ya…? Aku dulu dah 7 tahun pon dah rase lamenya..he he he…Korang plak dah baper lame..? Kalau dah lame tu, cepat-cepatla kahwin. Banyak nikmatnya, ha…dah mula fikir lain. Maksudnya semua bendala, dari sudut kehidupan, rezki dan banyak lagi…jadi aper lagi. Cepat-cepatla kahwin, leh aku tolong shot kan…he he he…Apa-apa jela…Selamat menonton. Therima Kaseh.

Onizuka69
Photographer. 012 655 1288
onizuka69@gmail.com | onizuka69.wordpress.com