Outdoor : Ilham & Darwina, Jun 2009.

Salam Sejahtera.
Bila aku tengok gambar diorang nie, teringat cerita aku borak-borak dengan Pak Cik Wina dalam kereta on the way ke KL. Dia ceritakan kesah adik-beradik ramai belum tentu boleh jaga ibu seorang. Sayu gak rasa dengan ceritanya. Syukur pada siapa yang dapat jaga mak atau ayahnya sendiri sebelum mereka menghebuskan nafas terakhir. Mandikan, bagi makan, tido sama, cucikan najis…macam-macam lagi la. Kita belum tahu lagi…

Pada yang dah lama tak berjumpa ibu atau ayah. Jenguk-jengukla mereka, masa mereka masih ada. Bila dah tiada nanti, baru kita rase kehilangan. Baru sebok kumpul adik-beradik nak buat kenduri, kalau boleh hari-hari nak buat kenduri, hari-hari nak baca Yassin. Tak sama macam kita jumpa mereka sekarang. Diorang bukan nak sangat duit kita, cukup sekadar dapat tengok muka kita. Kadang tu, duit yang tak seberapa kita bagi tu, abis dia belanja kat kita balik. Antara kita perasan tak perasan jer. Janganlah hanya tunggu pada Hari Raya baru nak jumpa, cukup sekadar telefon jika mereka yang jauh. Jadi, hargailah mereka. Ingat, takda diorang, takda kita kat dunia ni.

Aku cerita pon bagi nak ingatkan diri sendiri. Kadang lupa gak. Bila mak aku jumpa aku, mulalah dia bising, “Dah lupa akula tu, mentang-mentang dah kawin, susah nak datang jumpa aku.” Itulah diantara ayat-ayat Power mak aku, pedih aku dengar. Aku buat senyum tak senyum jela…he he he…Syukur mak ayah aku kat KL jer, rumah mertua pun kat Melaka. Bolehlah nak balik jumpa diorang. Takdalah jauh sangat.

Ape-ape pun, Selamat Pengatin Baru kepada Am & Wina…Semoga Panjang Jodoh, Murah Rezeki.

Therima Kaseh.

Onizuka69
Photographer. 012 655 1288
onizuka69@gmail.com | onizuka69.wordpress.com

Advertisements

~ by onizuka69 on August 5, 2009.

2 Responses to “Outdoor : Ilham & Darwina, Jun 2009.”

  1. Gambar cukup mantap
    salute dari abg meor

  2. Therima Kaseh…bagi support yg membina.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: